Berita
“It’s A Girl!”- 2 Kali Keguguran, Fasha Sandha Berkongsi Pengalaman Hamil Anak Ke-3
Pelakon Fasha Sandha mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan untuk zuriat ketiganya.
Fasha berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Fasha memuat naik video yang menunjukkan kejutan yang dilakukan untuk suami dan anak-anak untuk mendedahkan jantina bayinya.
“It’s a girl. Syukur Alhamdulillah. Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni.
“Akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat,” tulisnya.
Menurut Fasha lagi, sebelum ini kehamilannya sering kali diuji sehingga mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kini dia bersyukur kerana kandungannya sihat dan sudah mahu memasuki ke trimester kedua.
“Saya dan suami diuji sebelum ini kerana pernah dua kali kerana keguguran di awal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat.
“Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya Datin Seri Vie Shanti untuk berjumpa dengan Datuk Doktor Rafi. Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor.
“Kehamilan diusia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahannya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim) 3 kali sehari.
“Sampai ada hari kena marah dengan suami dan doktor sebab mengelat nak makan ubat. Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah kombo. Suami marah, doktor pun marah.
“Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi. Fuh lega, Alhamdulillah kini di trimester ke-2 (15minggu), kandungan membesar dengan sihat,” jelasnya.
Tambah Fasha lagi, tiada apa yang membuat dia bahagia selain melihat suami, Aidil Aziz dan kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma gembira dengan berita itu.
“Syukur Alhamdulillah. Syukur tak terhingga… Sehingga hari ni, diatas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan reda, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insya-Allah.
“Video ni kenangan hanya kami berempat, diatas bantuan deco saat akhir oleh. Hari tu doktor mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka bertiga ni.
“Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam keluarga kami.
“Anak ibu, cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, syukur,” luahnya lagi.
Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac 2019 berkongsi berita kehamilan pada Mei tahun lalu.
Namun, Fasha diberitakan mengalami keguguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.
Sekali lagi, pada November tahun lalu Fasha dikhabarkan hamil.
Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu.
Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5