Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“It’s Okay… Stay Positif Walaupun Cakap Buruk Fasal Kita” - Tak Kacau Orang Pun Kena Kecam, Tabahnya Jadi Yonnyboii

Mya Amri 08/06/2022 | 01:40 MYT
Penyanyi rap Yonnieboii akui tidak mudah untuk berdepan dengan kecaman netizen.

Bagaimanapun sebagai anak seni, kata Yonny itu adalah satu perkara yang harus diperjudikan dalam kehidupannya.

“Bagi saya cara dia adalah be positive sahajalah sebab kita tak boleh nak elakkan benda ini dari berlaku.

“Walaupun kita cuba halang perkara itu dari berlaku tapi tetap akan datang juga. Kena banyak sabar, positif selalu, saya kena naikkan semangat isteri saya,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.

Mengulas mengenai penerimaan Nik Nazira terhadap kecaman, Yonny memaklumkan sewaktu permulaan perkahwinan mereka, isterinya agak terkejut.

“Dulu masa mula-mula kahwin dia macam terkejut sikit. Tapi sekarang dia nampak sedikit relax. Tapi saya tak suka bila dia skrol-skrol Instagram.

“Sebab saya pun ternampak beberapa komen, dia mungkin kata tak ada apa-apa, tak geram, tapi kita ni pula yang rasa panas.

“Sebelum ini isteri kata dia tak pernah kena dan ini adalah pertama kali, jadi benda ini agak overwhelmed bagi dia,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Yonny, dia berpesan kepada isterinya supaya sentiasa positif walaupun ada yang berkata buruk tentang mereka.

“Saya cuma cakap dekat dia yang benda ni tidak akan habis. Kita buat macam mana pun tak boleh nak gembirakan hati semua orang.

“Tak mengapalah, it’s okay lalu sahajalah. Cuba untuk kekal positif walaupun orang cakap buruk tentang kita.

“Itu merupakan sebahagian kerjaya saya dan dia pun terima seadanya. Kalau nak berada dalam industri ini, kita terima sahajalah sebab ini memang kerja kita.

“Bukan saya nak salahkan kerjaya cuma saya terfikir yang perkara itu memberikan kesan kepada dia.

“Tapi inilah tempat saya cari makan, kerja saya jadi kita kena terima,” ulasnya.

Terdahulu, Yonny merupakan antara artis yang kerap menerima kecaman termasuklah isterinya.

Sebelum ini, Yonny pernah meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan isterinya yang tidak bertudung.

#Yonnyboii #Kecaman Netizen
;