Penyanyi berpengalaman, Aishah berpendapat bahawa markah penjurian yang disifatkan sebagai tidak masuk akal yang diberikan kepada peserta sewaktu menyertai pertandingan menyanyi adalah sesuatu yang normal.

Ini kerana, menurut Aishah, setiap juri mempunyai cita rasa dan cara penilaian mereka tersendiri.

"Itu biasalah bila masuk pertandingan yang ada juri profesional. Sebagai seorang yang dah boleh dikatakan banyak kali menyertai pertandingan menyanyi ni, salah satu daripada perkara yang saya akan dapatkan maklumat dulu ialah 'siapa juri?'.

"Dari barisan juri itu, sedikit sebanyak saya sudah boleh agak dah arah mana penghakiman itu akan pergi.

"Juri ini manusia, manusia dipengaruhi emosi, latar belakang yang berlainan dan paling penting juri ada cita rasa mereka sendiri," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Menurut Aishah, dia terpanggil untuk bercakap hal tersebut selepas newsfeed media sosialnya dipenuhi dengan isu kemarahan netizen terhadap tindakan juri memberikan markah rendah.

Katanya, sebab itu jugalah penting untuk seseorang mengetahui latar belakang juri sebelum menyertai satu-satu pertandingan seperti yang lazim dilakukannya.

Bahkan, menurut Aishah lagi, dia juga pernah berdepan situasi sama ketika menyertai satu pertandingan nyanyian pada 1991 di peringkat ASEAN.

"Lagu 'Janji Manismu' diadili oleh lima orang juri. Markah penuh ialah 5. Toga orang juri beri saya markah penuh 5/5, seorang beri 3/5 dan juri terakhir beri 1/5.

"1/5 bersamaan 20% sahaja, mungkin lebih baik sedikit daripada 2% peratus, tetapi ia sesuatu yang mengejutkan dalam sistem penjurian. Betapa jauh dan berbezanya penilaian setiap juri. Tapi itu hanya pandangan seorang juri sahaja dan dia berhak dengan pandangannya," katanya.

Menurut Aishah lagi, seseorang yang menyertai pertandingan menyanyi perlu menguasai kemahiran tertentu selain memastikan persembahan yang baik.

"Nak masuk pertandingan ni memerlukan satu set kemahiran yang berlainan daripada persembahan biasa sebab itu ada masa kita lihat penyanyi yang bagus bila masuk pertandingan tak berapa menyerlah.

"Bukan kerana mereka tak boleh menyanyi tetapi mereka tak perhalusi kemahiran bertanding," jelasnya.

Terdahulu, juri program realiti Big Stage 2020, Ajai menerima kecaman daripada netizen selepas memberikan markah dua peratus kepada penyanyi Hafiz Zainal kerana nyanyian sumbang.

BACA: “Sepatutnya Saya Nak Beri Dia Kosong” - Adili Nyanyian Dengan Betul, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Day #156 - Hari ni dlm.newsfeed I asyik lalu orang marah2 '2% je,tak patut betul.....' dan macam2 lagi.I pun tertanya2 kes apa ni?????Owh markah yg diberi oleh juri??? Itu biasalah bila masuk pertandingan yg ada so called professional jury.Sebagai seorang yg dah boleh dikatakan banyak kali menyertai pertandingan menyanyi ni,salah satu dari perkara yg I akan dptkan info dulu bila masuk pertandingan ialah 'siapa juri?'Hahaha dari line up juri tu I dah sedikit sebyk boleh agak dah arah mana penghakiman itu akan pergi??Kerana juri ni manusia,manusia yg dipengaruhi emosi,latar belakang yg berlainan dan paling penting juri ada citarasa mereka tersendiri.Ada hari tak bertuah kita akan dpt juri yg memang tak suka style kita nyanyi,full stop???Dalam tahun 1991 I pernah ke satu pertandingan peringkat ASEAN dgn.lagu 'Janji Manismu' diadili oleh 5 orang juri.Markah penuh ialah 5.Tiga orang juri beri I markah penuh 5/5, seorang beri 3/5 dan juri terakhir beri I 1/5 hahahahaha???? 1/5 is 20% maybe a bit better than 2% but that was a real shock to my system!!!!!!??? Betapa jauh dan berbezanya penilaian setiap juri,sedangkan tiga orang berikan 100% lulus dgn cemerlang ada yg failkan I horribly dgn 20% saja??? But hey,its only one jury's opinion, and he/she is entitled to his opinion.Anyway it is not the end of the world ???30 years later I am still around in the game ???As long as we keep it real.Work hard,work smart,sing from the heart.Nak masuk pertandingan ni memerlukan satu set skill yg berlainan dari persembahan biasa,sebab itu ada masa kita lihat good singers bila masuk pertandingan tak berapa menyerlah,bukan kerana mereka tak boleh menyanyi tetapi mereka tak perhalusi skill bertanding???Nak belajar skills dan tip memasuki pertandingan sebegini hahahaha kena dtg.jumpa I,bawak ayam panggang sekor,baju sepersalinan,pulut kuning,pengeras dll.?????

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on