Penyanyi baru, Cash Farhan meminta orang ramai tidak mempercayai sebuah akaun Facebook (FB) ynag menggunakan nama bapanya, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Penyamar tersebut menggunakan nama Ahmad Said untuk mengutuk Cash Farhan menerusi posting-postingnya.
Cash Farhan atau nama sebenarnya Muhamad Asyrol Farhan Ahmad, berkata, dia sudah maklum mengenai akaun penyamar tersebut sejak dulu lagi.
Akaun penyamar yang menggunakan nama bekas menteri besar Terengganu dan menggunakan foto kanak-kanak ini dan dikatakan sebagai Cash
Kata Cash, bapanya hanya memiliki satu akaun tulen menggunakan nama ‘Ahmad Said’ yang dijaga dan dikemaskini oleh admin.
“FB penyamar tu memang dah lama dan selalu muat naik benda mengarut, mencarut pun ada. Ayah saya ada FB tapi dijaga oleh admin dan tidaklah aktif seperti penyamar itu.
“Saya nampak beberapa posting kononnya ‘ayah’ tidak suka nama saya dan saya orang Kemaman tidak sedar diri kerana berimej k-pop, tak apalah…biarkan.
Cash dan keluarga
“Benda kecil saja tu…Dulu ayah saya kena kecam lagi teruk tapi saya tengok dia ‘steady’ saja. Jadi setakat peril-perli saya berimej k-pop tu apalah sangat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu Cash sempat memberitahu mengenai mengapa memilih menggunakan ‘Cash Farhan’ sebagai nama pentas.
Cash (kanan) pernah dikatakan sebagai anak angkat
“Ramai orang cakap kenapa ‘Cash’…kenapa tak letak kad kredit atau tunai? Haaa..jawapannya ialah saya ambil huruf C daripada bintang kelahiran saya iaitu Capricorn dan Ash daripada singkatan nama saya Asyrol,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Cash kini dalam rangka promosi single berjudul ‘Trust’ yang dicipta bersama penyanyi Ewal Ismail manakala lirik olehnya sendiri.
Lagu Trust sudah boleh distrim di semua pelantar digital termasuk Spotify dan Youtube.
Fiza Kamarudin
Fri Aug 23 2019
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.