BERITA
"Itu Bukan Saya!" - Buat Laporan Polis, PU Riz Nafi Foto Viral Tunjuk Alat Sulit Adalah Dirinya
Pendakwah muda popular, PU Riz menafikan bahawa foto lucah yang menampakkan alat sulit yang mula tular di media sosial adalah dirinya.
Menurut laporan mStar Online, PU Riz menjelaskan dia terkejut apabila mengetahui mengenai perkara itu dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, Selangor pada pagi Selasa.
"Itu bukan saya! Saya terkejut apabila mengetahui mengenai foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi ini.
"Saya sudah buat laporan polis," katanya
Mengulas lanjut mengenai kronologi penyebaran foto berkenaan, Riz berkata dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin.
Katanya, individu tidak dikenali meminta sejumlah wang dan tidak menolak ia berkait dengan penyebaran foto tersebut.
"Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan saja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah.
"Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya," ujarnya.
Menerusi laman Twitter, dua keping foto memperlihatkan seorang lelaki beraksi tidak senonoh dengan memegang alat sulit tersebar dan dikongsi pengguna laman tersebut.
Berdasarkan foto yang tular itu, netizen mendakwa lelaki tersebut ialah seorang ustaz selebriti yang kini sedang membina nama dalam bidang lakonan.
Sumber: mStar Online