"Itu Bukan Ular Saya" - Dikecam Letak Ular Sawa Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Tampil Bersuara
Syafiqah Jalal
10/05/2023 02:05 MYT
10/05/2023 02:05 MYT
Aktor Datuk Aaron Aziz dikecam teruk oleh netizen selepas memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di media sosial pada Isnin.
Malah tindakan itu turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) yang menegur perlakuannya yang didakwa akan mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana terasa terancam melihat serta bau musuh berdekatan.
Hal ini, katanya aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing, walaupun dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan haiwan itu ketakutan memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa serta mangsa.
Bagaimanapun Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 47, tidak berdiam diri malah tampil menjelaskan bahawa memegang haiwan reptilia itu hanya sekadar lakonan dan memaklumkan ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran ketika babak berkenaan dirakamkan.
"Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pencinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.
"Ada 11 orang pakar di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. la hanyalah sekadar lakonan sahaja, katanya.
Aaron menjelaskan perkara itu dalam satu video di Instagram miliknya.
Menurut Aaron sebagai pencinta kucing tak mungkin dia sewenang-wenangnya melakukan aksi itu.
"Kalau siapa yang kenal saya, mereka tahu saya sayangkan kucing. Saya tidak akan melakukan perbuatan sebegitu terhadap kucing. Lagipun yang terlibat dalam penggambaran itu bukan orang-orang yang zalim.
"Sebelum melakukan penggambaran, kami telah jalankan ujian dahulu. Tiada langsung bunyi ular yang boleh memberi kesan kepada kucing, jelasnya.
Bagaimanapun kata Aaron, dia terbuka dengan kecaman netizen namun dalam masa yang sama turut memaklumkan dirinya juga pencinta kucing. Malah mengaku mempunyai sembilan ekor kucing yang dibela di rumah.
"Nak maki saya, cakap bodoh go ahead. Ini yang perlu saya cakap, saya ada sembilan ekor kucing, saya pencinta kucing, tak mungkin saya akan zalimi kucing. Tak mungkin produksi, kru sanggup zalimi kucing. Mungkin kucing itu tengah tidur, mak kucing pun tak ada buat bunyi (terancam) ketika itu.
"Kalau nak salahkan saya seorang, tak adil. Saya cuma jalankan tugas pengarah dan penerbit. Dalam naskhah itu pun menceritakan orang yang menzalimi kucing, apa akan berlaku," ujarnya.
Aaron juga memohon maaf jika tindakannya memuat anik video itu mengundang kurang senang semua.
"Salah saya mungkin kerana saya upload video. Saya minta maaf, nak maki, makilah. Saya harap orang faham posisi saya, jangan salahkan saya seorang saja," tambahnya lagi.
"Kalau nak salahkan saya seorang, tak adil. Saya cuma jalankan tugas pengarah dan penerbit. Dalam naskhah itu pun menceritakan orang yang menzalimi kucing, apa akan berlaku," ujarnya.
Aaron juga memohon maaf jika tindakannya memuat anik video itu mengundang kurang senang semua.
"Salah saya mungkin kerana saya upload video. Saya minta maaf, nak maki, makilah. Saya harap orang faham posisi saya, jangan salahkan saya seorang saja," tambahnya lagi.