Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Itu Gampang!” - Pak Salam Erwin Joko Anwar Berjaya Selamatkan Kampong Pisang Daripada Serigala Jadian

Azwa Rahman
29/12/2020 02:35 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri episod keempat telah menemui penonton malam tadi.

Berkisahkan serigala jadian datang menyerang penduduk Kampong Pisang, episod berjudul Warewolf Dari Indonesia bahagian kedua itu berjaya menghiburkan seisi keluarga.

Kali ini, kehadiran Pak Salam Erwin Joko Anwar lakonan Soffi Jikan berjaya menghapuskan riwayat serigala jadian yang membuat kacau di kawasan kampung dengan menggunakan kelapa tumpat.

Episod serigala jadian ini juga turut menampilkan pelakon handalan seperti Azlan Komeng, Wan Raja, Hushairi Hussien dan Sharwani NS.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan aksi penduduk kampung kali ini.

hahahahahahah aku ni mudah terhibur. 10 kali ulang dia sebut nama virus tu 20 kali aku gelak #kampongpisangbersirisiri,” tulis seorang wargamaya.

Hahahha dia tempik orang takpe. Orang jegey dia balik langsung senyap. "Dia ada lelah." Hahahha. #kampongpisangbersirisiri,” komen seorang wargamaya.

Hebat Pak Joko ni. bukan senang nak jadi bomoh. kene ada degree,” kata seorang wargamaya.

Aku syak, kalau Rashid tu ada anak nanti dia letak nama anaknya, Panglima Lidah Kucing. Hahahaha,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

#mamat khalid #Kampong Pisang Bersiri-siri #Serigala jadian