Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Itu Hak Kami Untuk Tidak Mendedahkan Wajah Anak - Mila Kunis

Rozaimi Zubaidi
24/10/2017 12:16 MYT

Selebriti popular antarabangsa Mila Kunis dan Ashton Kutcher mengakui mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini memberitahu bahawa dia dan suaminya tidak mahu mendedahkan hal peribadi secara terbuka dan menganggap perkara itu sebagai hak mereka.

"Sejak daripada mula lagi kami memang tidak mahu terbuka untuk berkongsi foto dua anak kami kepada umum.

"Biarlah hanya saya dan suami sahaja yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai kerana itu memang merupakan pekerjaan kami sebagai seorang selebriti.

"Kami rasa itu merupakan hak kami untuk tidak mendedahkan wajah anak kepada umum kerana mereka merupakan anak selebriti dan bukannya selebriti.

"Jadi saya rasa mereka (anak-anak) juga mempunyai hak untuk itu semua," katanya ketika temubual dalam program The Thrive Global Podcast.

Mila Kunis dan Ashton Kutcher dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wyatt Isabelle Kutcher dan Dimitri Portwood Kutcher.

Sumber: Daily Mail
#Ashton Kutcher #Mila Kunis