“Itu Istimewanya…”- Seperti Nampak Bayangan Abam, Anak Achey Bocey Dilihat Melambai Ke Pusara Arwah

Syafiqah Jalal
Februari 24, 2020 09:16 MYT
Video yang dikongsikan pelawak Achey Bocey ketika menziarahi pusara sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey bersama anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah mendapat perhatian netizen.
Video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya menunjukkan Tiara tiba-tiba menoleh ke arah pusara tersebut dan melambainya sebelum melangkah pulang.
Kejadian itu disedari Achey dan juga netizen yang akui kanak-kanak kecil itu seolah-olah melihat bayangan arwah.
“Sebelum Hamzah (anak Abam) hadir dalam hidup arwah, tiara adalah satu-satunya baby yang tak takut dengan dia.
“Banyak kali dia cakap semua baby sebelum ni kalau dia pegang, akan menangis takut. Weh bukan kau je Bam, baby lain kalau nampak aku pun nangis dah hahahaha...
“Itu je istimewa Tiara dengan arwah. Sebab tu dia lambai ko Bam. Jom doakan arwah,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya akui sayu melihat keletah Tiara sewaktu menziarahi pusara Abam.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
#Achey #Abam #Kubur #Arwah