Minggu lalu, persembahan nyanyian Nabila yang terkucil sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua di program Mega Raya Ria mendapat perhatian wargamaya.

Lebih memburukkan keadaan, ramai yang mempertikaikan kemampuan vokal Nabila dan memberikan kritikan negatif kepada penyanyi itu.

BACA: Kena Hentam Netizen Selepas Nyanyian Terkucil, Nabila Razali Salahkan Diri Sendiri

Namun, pada masa sama penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza turut terpalit dengan isu berkenaan apabila ada pengguna Twitter memuat naik kembali persembahannya tiga tahun lalu.

Ketika itu Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti sedang membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular BH (ABPH) 2017.

Biarpun kejadian berkenaan telah berlaku tiga tahun yang lalu, namun Tok Ti kembali mendedahkan punca sebenar dia terkucil menerusi Instagram Live baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah kesilapan nyanyian apabila 'picthing' tertinggi sedikit daripada yang sepatutnya.

"Sebelum ABPH, saya ada lakukan pembedahan kecil persenyawaan in-vitro (IVF) dan ia melibatkan perut.

"Tidaklah susah pun hanya proses mengeluarkan telur tapi dia libatkan luka di perut saya. Sejam selepas tu saya dah boleh buat kerja tapi tidaklah yang berat-berat," katanya.

Jelasnya, keesokan paginya dia kemudian mengikuti satu pertandingan kayuhan basikal yang membabitkan jarak sehingga 20 Kilometer.

"Jadi petang tu saya terus buat 'sound check' di Putrayajaya. Waktu itu saya dah rasa teragak-agak boleh ke tidak ni.

"Namun, malam itu perkara yang anda saksikan itulah yang terjadi," katanya.

Tambahnya, dia menyifatkan nyanyiannya itu sebagai yang terburuk dalam sejarah.

"Pengajarannya saya bukanlah robot boleh buat segalanya sempurna. Saya pun bukanlah muda macam dulu,

"Now saya tahu saya pun ada silap dan menyanyi sumbang. Sebab apa buat silap? Jadi saya tahulah apa sebabnya," katanya.

Anda boleh lihat video yang sempat direkod oleh pengguna Twitter di bawah.