Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Itu Tawaran Pertama & Terakhir Saya” - Peragut Wan Maimunah

Hanafis Haris
08/12/2020 14:35 MYT
Sebut saja iklan paling 'evergeen' di Malaysia, pastinya adegan ragut membabitkan pelakon Wan Maimunah antara yang diingati ramai.

Malah, Wan Maimunah sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan individu yang menjadi 'peragut' dan pernah berlakon iklan dengannya, hampir 20 tahun lalu.

Terbaharu, peragut yang selama ini ‘membayangi’ iklan tersebut akhirnya tampil memunculkan diri.

Menceritakkan pembabitannya dalam iklan tersebut, Mohd Uzreen Mohd Kassim yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.

Menurut Mohd Uzreen, sebagai individu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.

“Teruja ada, takut pun ada, bercampur baurr ketika berlakon dengan ibu Wan Maimunah.

“Walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya, saya cuba. Ibu pun tidak lokek berkongsi ilmu,” katanya menerusi Harian Metro.

Menurutnya lagi, iklan berkenaan merupakan tawaran pertama dan terakhir buat dirinya.

“Tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.

“Saya pun banyak terima ratusan mesej daripada individu tidak dikenali di Facebook.

“Apapun saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton,” katanya.

Sumber : Harian Metro

#Wan Maimunah #Peragut