"Itulah Antara Contoh Bait-Bait Puisi Makcik Bawang... Seronok Cari Salah" - Abby Abadi

Kamaruddin Razal
April 9, 2020 03:31 MYT
Pelakon Abby Abadi berkongsi foto 'throwback' bersama keluarga besarnya di laman Instagram.
Menerusi kemas kini terbaru itu, Abby turut memberi pendapat mengenai sikap netizen yang gemar mencari salah di laman sosial.
"Throwback... Gambar beramai-ramai yang tak tahu lagi bila akan berulang hihi #happybirthdaykikim
"Betul ke throwback ni? Ye ke ni? Macam tak je.
Macam bla bla bla blaaaa.
"Itulah antara contoh bait-bait puisi makcik-makcik bawang kalau masuk ke Instagram orang. Seronok cari salah. Serba tak kena," tulis Abby.
Tambah bekas anggota kumpulan Elite ini, laman sosial sepatutnya digunakan untuk semua pihak saling berukhwah.
"Rilekslah.. Chill chill sudah.. Laman sosial ni banyak membantu kita saling berukhwah fillah abadan abada gituu.. Hehe..
"Saling berkongsi kenangan-kenangan indah bersama.. Janganlah nak berhujah cari salah je. Penat tau nak layan.
"Masuk gambar ini salah, gambar tu salah.. Video tak kena... Masuk gambar anak peragakan baju kata nak jual anak, masuk gambar review tak sensitif orang tak makan, pergi buat benda baik kata juga macam-macam..
"Dah tu korang nak suruh buat apa supaya korang berhenti berkata-kata? Cer cerita?" tulis Abby lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh Abby.
Netizen juga teruja melihat foto keluarga besar Abby dan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim serta mendoakan agar keluarga besar Abby bahagia hingga ke syurga.
Kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Abby Abadi #Makcik Bawang #Cari Salah