Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Itulah Cinta, Gaduh Tu Yang Menguatkan” - Kaka Azraff Inspirasikan Kisah Rumah Tangga Dalam Lagu

Azwa Rahman 02/04/2021 | 05:33 MYT
Penyanyi Kaka Azraff sebak ketika menyanyikan single terbarunya yang berjudul Janjiku kerana terkenangkan segala pahit manis berumah tangga bersama suaminya, Adam Azriff.
Menurut Kaka, lagu ciptaan MFMF dan Tisha Tiar ini mengisahkan perjalanan hidup baru dirinya dan segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Lagu Janjiku ni memang personal untuk saya sebab masa dulu saya buat keputusan untuk berkahwin, banyak suara-suara yang tak happy dan menjatuhkan semangat saya dan suami yang ada masalah dengan anxiety.
“Kita berdua go through a lot sebenarnya untuk kita sampai ke hari ini. Walaupun rasa macam baru je tapi kita berpegang dengan janji yang kita ada, kita laluinya. Biasalah kehidupan berumah tangga ada gaduh, ada baik dan saya nak orang di luar sana rasa segala masalah ni normal,” jelas Kaka kepada Gempak.
Kaka ditemui ketika majlis pelancaran lagu Janjiku yang diadakan di Kotak Hitam Space, Setia Alam pada Khamis.
Menurut Kaka, apa yang berlaku di dalam video muziknya itu juga adalah berkisar daripada kehidupan sebenar mereka sekeluarga yang ada pasang surutnya.
“Babak-babak dalam video muzik itu pun berlaku based on a true story. Itulah cinta kan, you gaduh you fight for each other. Biar orang luar cakap macam mana pun, you pegang pada janji you.
“Sebab saya tahu janji saya pada suami, i nak menghantui hidup dia sampai bila-bila so gaduh macam mana pun, kita kembali pada janji tu.
“Saya cuba nak inspirasikan orang, this is relationship. You gaduh, gaduh tu sebenarnya buat kita lagi kuat. Di media sosial orang hanya kongsi benda-benda yang happy je kan,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 31, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aslan, 2 tahun.
#Kaka Azraff #Adam Azriff #Lagu Janjiku
;