Pelakon Noorkhiriah menangis kegembiraan kerana akhirnya dia berjaya menghabiskan bacaan atau khatam kitab suci Al-Quran.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut turut disertakan sepotong video Noorkhiriah mengalirkan air mata ketika membaca Al-Quran secara atas talian bersama Ustaz Shafiq Albi.

"Maka berakhirlah penantian saya selama lapan tahun, lebih kurang pukul 9 tadi (ketika kapsyen ditulis), Allah saja yang tahu perasaan akak dik, dari 2013 ada masa pergi, ada masa mengantuk, ada masa sibuk dengan dunia tapi Allah Maha Baik.

"Akak akhirnya khatam Al-Quran setelah bertahun, berkat kesabaran Ustaz @shafiq_albi," coretnya.

Menurut Noorkhiriah, dia sememangnya menyimpan cita-cita untuk khatam Al-Quran dalam usia sekarang sebelum meninggal dunia.

"Syukur, itulah niat akak sebelum akak meninggal, akak nak khatam dalam umur sekarang.

"Masa sekolah dulu sudah khatam tapi dah tua, inilah kali pertama," kongsinya lagi.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang tumpang gembira dengan kejayaan Noorkhiriah.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat pelakon berbakat itu.





Bagaiamanapun, Noorkhiriah telah memadam perkongsian tersebut dari tatapan umum.

Apapun, perkara baik sebegini haruslah dijadikan contoh oleh kita agar tidak pernah lupa membaca Al-Quran.