Ivan Gunawan Perlu Turunkan Berat Badan Lagi 20 Kg, Nanti Nak Bedah Payudara!
Amri Hassan
20/09/2021 15:09 MYT
20/09/2021 15:09 MYT
Hos televisyen dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan berhasil menurunkan berat badannya sebanyak 25 kilogram dalam tempoh dua bulan.
Kesan daripada penurunan berat badan itu kata Ivan dia kini berasa lebih segar dan mudah untuk melakukan aktiviti harian.
"Rasa lebih selesa dan boleh pakai baju yang 'aneh-aneh'," katanya seperti dilaporkan Detik Hot.
Namun, Ivan masih menyasarkan untuk menurunkan lagi 20 kilogram demi menjalankan pembedahan pada bahagian payudaranya.
Oh! Jangan risau ini bukan pembedahan payudara seperti yang dilakukan sesetengah orang untuk menjadi lebih montok!
"Ya, saya mahu melakukan pembedahan payudara. Doakan saya. Untuk pembedahan itu saya perlu menurunkan lagi 20 kilogram.
"Tapi sebenarnya pembedahan itu untuk menarik kulit pada bahagian dada kerana tidak hilang apabila sudah susut berat badan," tambahnya.
Kongsi Ivan sebelum ini, dia akhirnya gembira apabila tidak perlu meminta tali pinggang keselamatan tambahan apabila menaiki pesawat.
"Bertahun-tahun naik pesawat walaupun kelas bisnes tapi aku masih tetap perlu tali pinggang keselamatan tambahan. Siap terpaksa berbisik minta supaya penumpang lain tak dengar.
"Tapi hari ini aku rasa seperti manusia normal, terus muat tanpa perlu tali pinggang keselamatan tambahan," tulisnya di Instagram.