Hiburan
"I’ve Been Waiting For This Almost 4 Years.. But Too Bad .." - 4 Tahun Menunggu, Nabila Huda Alami Keguguran
Pelakon Nabila Huda mendedahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas menunggu hampir empat tahun.
Menurut Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga hari ini.
Menerusi sebuah entri terbaharu di Instagram (IG) miliknya, Nabila berkongsi rakaman video ketika berkongsi berita gembira kepada anaknya, Keisha Laila.
"Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang.
"Masa abil tau positive, abil excited sangat nak share berita ni kat korang!
"Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah moment yang paling sweet, happy sedih semua adalah.. All in one!
"I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore..
"Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya!
"Yes, of course saya sedih. Terlalu sedih.
"Tapi kan, kenapa nak kena bersedih dan menangis sedangkan orang yang sentiasa membahagiakan kite, ada depan mata.
"Mereka masih ada. Lebih baik hargai waktu yang ada ni sepuas-puasnya!
"At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi!
"So now..games onz tak sisz @kidweebee?" tulis Abil.
Selepas mendedahkan berita keguguran tersebut, Nabila menerima banyak kata-kata semangat daripada rakan artis dan peminat supaya jangan terlalu bersedih dengan apa yang berlaku.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak, Keisha Laila.
Must-Watch Video