Laman Utama

Izara Aishah Sekolahkan Netizen Yang Lagakan Neelofa & Fazura - “Dapat Apa Buat Tweet Berunsur Begini?”

Izwan Isa
23/09/2022
00:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, nama Neelofa dan Nur Fazura sering menjadi bahan bualan netizen. Tidak hanya itu, sisi kehidupan peribadi serta karier mereka juga selalu dibandingkan oleh peminat mahupun pengguna media sosial.
Hal ini boleh dilihat terutamanya di platform Twitter apabila ada sahaja hal tentang kerjaya, pakaian dan perkara berkaitan peribadi kedua usahawan selebriti itu yang dibandingkan oleh individu tertentu.
Terbaharu, nama Neelofa dan Fazura sekali lagi terkait apabila seorang netizen memuat naik satu tangkap layar yang memperlihatkan berita mengenai Fazura yang dikatakan memiliki jam tangan mewah berharga jutaan ringgit.
“Esok tengah hari dapat tengok mata + dahi + ubun-ubun Bilal. Pastu Hajjah pakai baju putih tak pun soft pink atau sandy grey,” tulis netizen berkenaan.
Tidak senang melihat perkara berkenaan berterusan, pelakon Izara Aishah menyelar dan menyekolahkan segelintir netizen yang sering membuat perbandingkan dua selebriti popular tersebut.
“Tapi kalau tak betul niat dia begitu, macam mana dia ni nak jawab fitnah kat akhirat ni? Same goes to Kak Faz.
“Kalau niat Kak Faz post tak ada kena mengena dengan apa yang netizen dok cakap ni, mampos netizen nak jawab kat sana.
“Banyak sangat orang cuba melagakan mereka for no reason,” tulisnya.
Menerusi ciapan seterusnya, Izara turut mempertikaikan tujuan dan manfaat yang diperoleh netizen yang sering melagakan dua wanita popular itu.
“Dapat apa ya buat Tweet, TikTok dan sebagainya berunsur begini? Seronok ke? Tunggu sekejap, kita lihat sama ada di sana (akhirat) nanti seronok atau sebaliknya,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

“Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

gempak
22/07/2024
07:15 MYT
Pelakon Fazura tampil membuka mulut susulan ada dakwaan beberapa pihak yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Fattah Amin dikatakan sedang bergolak.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

gempak
16/07/2024
07:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
Hiburan

Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

gempak
15/07/2024
11:55 MYT
Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melahirkan rasa syukur apabila impian untuk membuka kedai pertama mereka iaitu Nunha Store tercapai.