Izara Aishah Throwback Bersalin, Ramai Puji Irisa Alaia- “Definisi Lahir Je Terus Cantik, Cutenya!”

Mya Amri
April 16, 2021 02:16 MYT
Pelakon Izara Aishah mengimbas kembali momen indah sewaktu menyambut kelahiran anak sulungnya, Irisa Alaia.
Izara memuat naik beberapa video pendek yang merakamkan detik bermakna itu di akaun Instagram miliknya bersempena dengan ulang tahun kelahiran Irisa yang pertama.
Video itu bagaimanapun mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Irisa.
Selain itu, menerusi satu hantaran lain Izara juga tidak ketinggalan mencoretkan ucapan manis buat puteri kesayangannya itu.
“Mama punya little nyawa, mama’s first love, mama’s whole world, my heart my everything. Alhamdulillah you’re 1 sayang mama… Happy First birthday anak ma saying,” coretnya.
Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Irisa Alaia pada 15 April 2020.
#Izara Aishah #Irisa Alaia #Throwback Bersalin