"Izinkan Aku Merasa Detik Ini" - Elly Mazlein Selamat Dirisik!

Hanafis Haris
Oktober 19, 2019 10:18 MYT
Penyanyi, pengacara dan pelakon Elly Mazlein telah selamat dirisik bakal suaminya dalam satu majlis yang berlangsung sebentar tadi.
Berita gembira itu juga telah dikongsi menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
"Izinkan aku merasa detik ini. Dalam memenuhi impian majlis merisik kami sekeluarga," katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada Elly serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
Difahamkan, keluarga belah lelaki berasal dari Kelantan telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga.
#Viral #Selebriti #Viral #Merisik