Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Izreen Azminda & Ude Wahid Mengaku Ke Mahkamah Syariah Untuk ...

Amri Hassan 22/07/2020 | 06:17 MYT
Pelakon Izreen Azminda mengakui dia bersama suami, Ude Wahid berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.
Menjelaskan spekulasi rumah tangganya, kata Izreen perkahwinan mereka masih utuh.
"Landa badai apa? Saya pergi uruskan denda yang dah bertahun baru mahkamah panggil semalam.
"Elok je sister (saya) kat rumah dengan suami ni," jelasnya menerusi entri di Instagram.

Tajuk kau ni rotikaya dari dlu sampai skarang mcm APO???! BUKAN BLOG KAU JE.. MCM2 BLOG LAGI... ASAL BOLEH JER KORANG ERK.. landa badai apo kau... Aku g settel denda yg dah bertahun baru mahkamah panggil utk settel semlm... Helok sister kat umah dgn suami ni hah.. Tgh buat apam lagi utk cust.. ???? Kering idea dah ke nk buat story ??? gitew lah blogger skarang..interview nyer tidak.. Sedeyyyy!!! UNTUK BLOGGER2.. MAI LA BELI APAM KAMI.. MUR MUR JA.. KOT LEPAIH MKN APAM KAMI IDEA MENCANAK2 MASOK ??? @sugarbuttermilk.kl @sugarbuttermilk.kl @sugarbuttermilk.kl

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Izreen tampil mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan tentang desas-desus kononnya rumah tangga mereka dilanda badai susulan keberadaan mereka di mahkamah syariah.
Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia.
Ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana Salleh.
Bagaimanapun, pada Mac 2018 Ude menceraikan Intan.
#Izreen Azminda #Mahkamah #Ude Wahid
;