Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Izzue Islam & Awin Beli Rumah, Netizen Tumpang Gembira - “Belum Rezeki Baby, Allah Bagi Yang Lain”

Azwa Rahman
14/05/2022 05:01 MYT
Penyanyi dan pelakon Izzue Islam memanjatkan rasa kesyukuran apabila berjaya membeli sebuah rumah idaman bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

Menerusi platform TikTok, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, berkongsi momen menjejakkan kaki ke rumah yang siap dibina itu untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan,” tulis Izzue di ruangan kapsyen video.

Membeli rumah Eco Grandeur yang terletak di Puncak Alam, Selangor, bekas anggota kumpulan Forteen itu tidak melepaskan peluang merakam momen sewaktu mendapat kunci rumah sehinggalah lawatan mengelilingi kawasan kediamannya.

undefined
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji pasangan ini yang setia dan bahagia bersama walaupun belum dikurniakan rezeki zuriat.

Malah, Izzue diibaratkan seperti suami contoh yang sentiasa memberikan yang terbaik dan menggembirakan hati isterinya.

@incessikin:siapa sangka kan, daripada pembancuh air..kena aniaya member...reward dia sampai macam ni..aku happy tgok life izzue dan wife.”

@ ?????:Takde zuriat tapi Allah lebihkan rezeki yang lain. Baik sangat Allah pada hamba hambaNya.”

@tiara:aku terharu dengan cara diorang brdua ni pertahankan rumahtangga diorang.”

@@_budaktebing:belum rezeki baby.. Allah bagi rezeki lain dulu untuk mereka berdua.. alhamdulillah.”

@chanteqla:complete each other la dorang ni. masing-masing bertuah jadi pasangan masing-masing.”

@messy_hazy:Nak cari suami camni kat shopee ada tak.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin, 39, pada 2 Jun 2013.

#Izzue Islam #Awin Nurin #Rumah selebriti