Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jack Tan Berjaya Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Ke-7

Umirah Halim
27/07/2024 14:02 MYT
Pelakon Jack Tan berjaya meraih anugerah Pelakon Pembantu Terbaik pada malam Festival Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) yang ke-7.

Dinobat Pelakon Pembantu Terbaik


Kemenangan tersebut diraih menerusi lakonannya yang membawa watak sebagai Adik di filem Abang Adik oleh Jin Ong.

“Wow saya sangat terkejut, terima kasih pihak juri dan terima kasih kepada semua orang yang suka filem itu, terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam projek ini (Abang Adik),”katanya ketika ucapan di atas pentas.


Filem Abang Adik diterbitkan More Entertainment Sdn Bhd dan New Century Southward Development Co Ltd dan diedar mm2 Entertainment.

Untuk rekod, Jack Tan juga merupakan bintang utama filem Gold berkisarkan tentang pemain badminton yang menghidap kebas saraf brakial.

Filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.

Sinopsis Gold:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
#Filem #Anugerah #Pelakon Pembantu Terbaik #Festival Filem Antarabangsa Malaysia #MIFFest #Gold #Jack Tan