Laman Utama
Jacky Cheung Kalahkan Coldplay, Taylor Swift Buat Konsert 11 Hari Di Singapura!
Sewaktu ramai peminat Coldplay dan Taylor Swift ‘kalut’ dengar khabar kedua-dua penghibur dunia ini mengatakan konsert berhari-hari di Singapura, nampaknya penggemar penyanyi dari Hong Kong, Jacky Cheung boleh menarik nafas lega.
Hal ini lantaran penyanyi tersebut diumumkan akan menghiburkan peminatnya di kota Singa itu bukan sehari atau enam hari sebaliknya selama 11 hari menerusi konsert Jacky Cheung 60+ Concert Tour.
Pengumuman tersebut disampaikan oleh penganjur Unusual Entertainment. Cheung sebelum ini dijadualkan membuat persembahan selama 9 hari tetapi ditambah menjadi 11 hari apabila mengumumkan penambahan dua hari konsert iaitu pada 3 dan 4 Ogos depan.
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Terdahulu Cheung mengumumkan akan mengadakan persembahan selama enam haru sebelum menambah tiga hari lagi kerana permintaan yang menggalakkan.
Sementara itu, Cheung juga akan mengadakan konsertnya di Malaysia selama enam hari bermula 11, 12, 13 Ogos dan 18, 19, 20 Ogos depan. Harga tiketnya bermula dari RM388 dari RM1,188.
Cheung, 61, merupakan pelakon dan penyanyi popular dan hebat yang telah memenangi pelbagai anugerah serta pengiktirafan kerana bakatnya.
Must-Watch Video