Laman Utama
Jadi Abang Rider, Ini Pesanan Ustaz Don Buat Pembeli - “Bila Sampai Lambat Marah, Tak Boleh Lagu Tu”
Penceramah dan pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal seronok menimba pengalaman baharu dengan menjadi penghantar makanan.
Menerusi akaun Instagramnya, Ustaz Don memuat naik foto merakamkan dirinya bersama sebuah motosikal dan beg penghantar makanan.
Menurut coretan di posting tersebut, Ustaz berkongsi pengalaman sepanjang menjalankan tugasnya.
“Alhamdulillah. Tugasan semalam. Pengalaman pertama jadi Food Rider. Memang penat dan pengalaman menyeronokkan. Saya belajaq banyak benda,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ustaz Don juga tidak ketinggalan memberi pesanan buat penghantar makanan dan juga pembeli. Berikut merupakan pesanannya:
Kepada abang-abang rider:
1. Selalu baca doa naik kenderaan, doa jauh musibah, moga-moga kita selamat dari sebarang kecelakaan sepanjang bertugas.
2. Berhati-hati di jalan raya, hormati pengguna jalanraya lain sama dan hormati undang-undang jalan raya.
3. Keja ni memang susah, banyakkan sabaq dengan kerenah pelanggan
4. Solat jangan tinggai.
5.Selalu doa, minta pada Allah, agar diberi kesabaran tinggi, doa dapat pelanggan baik-baik.
Kepada yang membeli:
1. Saling hormat menghormati, ucap terima kasih pada depa abang-abang rider
2. Order makanan sebelum lapaq, supaya kalau rider lambat, kita masih ok. Order last minute, lepas itu bila makanan sampai lambat, marah, tak boleh lagu tu.
3. Ada rezeki lebih, bagi depa tip. Sian depa berhujan panas demi kita.
4. Bersangka baik dan selalu doakan depa agar selamat sampai hantaq makanan kat kita.