,
Hiburan

Jadi Anggota Baru Kumpulan Raihan, Ini Komen Alif Satar

Amri Hassan
18/07/2019
06:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Alif Satar tidak menduga sama sekali kolaborasinya bersama kumpulan nasyid popular Raihan untuk menyanyikan semula lagu Sesungguhnya mendapat respon positif daripada peminat.
Malah, ada antara sebilangan peminat kedua-dua artis itu menginginkan Alif untuk menyertai kumpulan Raihan yang bermula dengan empat anggota asal sebelum ini.
Menjelaskan akan perkara tersebut kata Alif dia bukan individu tepat untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan nasyid itu.
"Selepas berduet dengan Raihan memang ramai peminat yang mahu saya menyertai Raihan. Tetapi tidak terfikir pula saya sampai ke tahap itu memandangkan Raihan pun sudah selesa bertiga.
"Memang seronok bekerjasama dengan Raihan tetapi saya selesa dengan kolaborasi yang telah kami lakukan sebelum ini dan projek-projek bersama akan datang.
"Lagipun, saya seronok sebagai seorang penyanyi solo yang bebas untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi. Mungkin saya akan menyanyi rock, pop atau hip hop pula lepas ni," katanya kepada Gempak.
Selepas kejayaan lagu Sesungguhnya 2019, Alif dan Raihan bakal mengadakan siri jelajah di beberapa buah negeri di Malaysia antaranya Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur pada September nanti.
Malah, mengikut perancangan mereka bakal diterbangkan ke New Zealand dan Australia untuk mengadakan persembahan di beberapa lokasi di dua negara itu.
"Raihan teruja apabila kolaborasi kami menjadi dan impaknya sama seperti zaman populariti Raihan ketika album Puji Pujian dahulu.
"Insya-Allah kami akan tampil berkolaborasi sekali lagi untuk sebuah single baharu bersama-sama selepas ini," tambahnya.
Sementara itu, Alif teruja menantikan maklum balas daripada penonton filem televisyen Geng yang bergandingan dengan Lisa Surihani, Sherry Alhadad dan Nadiya Nisa.
Geng mengisahkan kehidupan tiga sahabat baik yang terpisah selepas tamat persekolahan, Isabella (Sherry Alhahad), Mariam (Lisa Surihani) dan Anita (Nadia Nisa).
Bagaimanapun, mereka dipertemukan semula disebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Geng akan mula ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 18 Julai ini (hari ini).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Yang Baru, Saya Pernah Menjadi Mangsa…” - Aziz Harun

gempak
21/11/2024
03:25 MYT
Menganggap bukan perkara yang baru, penyanyi Aziz Harun sekali lagi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Hiburan

Foto Disunting Jadi Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Harap Netizen Tak Mudah Terpedaya - “Kita Berada Di Zaman Fitnah”

gempak
14/11/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Hiburan

"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!

gempak
08/11/2024
23:46 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.
Hiburan

Anak-Anak Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid, Lancar Lagu Sulung Perjalanan

gempak
21/10/2024
11:46 MYT
Setelah berkecimpung dalam industri nasyid selama lebih tiga dekad, kini Munif Hijjaz membuka dan merintis jalan kepada anak-anaknya untuk meneruskan kesinambungan dalam memperjuangkan lagu-lagu dakwah ketuhanan agar terus segar seiring dengan peredaran zaman.
Hiburan

Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."

gempak
03/10/2024
09:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menegaskan pentingnya pendidikan seksual untuk kanak-kanak terutama dalam situasi sekarang.
Unitar