Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?
Maliah Surip
14/08/2023 07:50 MYT
14/08/2023 07:50 MYT
Bekas penyanyi Hip Hop, Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.
Kemenangan tersebut membuat pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menjadi artis kedua bergelar YB selepas pelakon Dira Abu Zahar.
Memulakan tugas perdananya berkhidmat untuk rakyat hari ini, berikut sedikit fakta mengenai lelaki berusia 45 tahun tersebut;
Altimet adalah nama pentas yang digunakan anak sulung daripada tiga beradik ini sepanjang bergelumang dengan dunia seni. Beliau bukan hanya terkenal sebagai penyanyi rap tetapi juga merupakan seorang komposer, penulis lirik dan pelakon.
Beliau merupakan anak kelahiran Petaling Jaya, sudah berkahwin dan memiliki tiga orang cahayamata.
Altimet mengumumkan bersara sebagai penyanyi selepas usia 40 tahun. Beliau bagaimanapun tetap menyalurkan kreativitinya kepada rakan sepejuangan yang lain menerusi gubahan lagu.
Altimet mempunyai banyak lagu popular sepanjang bergelar penyanyi. Ia termasuklah Amboi, Kalau Aku Kaya, Sang Saka Biru dan Kita Jaga Kita. Lagu Amboi juga pernah memenangi kategori Persembahan Terbaik Juara Lagu ke-32.
Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Ejen Ali: The Movie dan terlibat dengan teater Ola Bola The Muzikal memegang watak Sarjan Ahmad.
Altimet secara rasminya menyertai PKR pada April 2021, dengan salah satu tujuan utama ingin melihat ketua PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara serta mengukuhkan penglibatan bidang kesenian dalam politik negara. Pada 2023, beliau menjadi calon bagi pihak Pakatan Harapan – gabungan parti PKR – dalam pilihan raya negeri Selangor 2023 di Lembah Jaya.
Selepas menang Altimet mahu dikenali dengan gelaran YB Ahmad namun tidak juga menolak jika masih ramai yang memanggilkan dengan panggilan Altimet.
Perkara pertama yang dilakukan sebaik menggalas tanggungjawab sebagai YB adalah melakukan solat Subuh berjemaah di kawasannya di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor.
Impian Altimet adalah untuk menyemarakkan lagi banyak program agama. “Antara perancangan saya adalah ke arah program agama kerana kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti,” katanya seperti dipetik dalam laporan media massa.