Anak kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah mengaku tidak kisah sekiranya dihentam oleh segelintir netizen hanya kerana dia menjadi antara orang kuat di belakang ayahnya.

Jelas Nurul, dia sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga benteng keluarga daripada ‘serangan luar’.

“Saya (Kak Long) akan menjaga benteng daripada luar dan adik saya (anak kedua) akan menjaga daripada dalam.

“Segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa sahaja 'Internal Affairs' (urusan dalam) dia akan jaga.

“Itu sebab saya yang paling dikenali dan yang paling teruk kena hentam. Saya tak kisah kerana saya rasa berbaloi untuk ambil tugas menjaga 'External Affairs' (urusan luar) demi abah (Ahmad Zahid) dan mak serta keluarga,” katanya.

Nurul berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sambil memuat naik sekeping foto yang merakamkan dia dan Ahmad Zahid beserta adik perempuan.

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)

Dalam masa sama, selepas Ahmad Zahid dilantik menjadi TPM yang baharu, Nurul berkata dia kini mempunyai ‘amanah tambahan’ dalam memastikan ayahnya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah atas kurniaan rezeki daripada Allah buat kami malam ini. Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai 'amanah tambahan' daripada Allah untuk memastikan Abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti,” tambahnya

Terdahulu, Nurul menulis satu coretan istimewa buat ayahnya selepas dilantik menjadi TPM yang baharu secara rasmi pada Jumaat.

BACA: “Alhamdulillah!” - Nurul Zahid Zahir Kegembiraan Bapa Dilantik Jadi Timbalan Perdana Menteri

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!