Pelakon Pekin Ibrahim mengakui sentiasa menyokong kerjaya dan apa sahaja yang dilakukan oleh isterinya, Mona Allen dalam bidang seni.

Menerusi entri di Instagram (IG), Pekin telah memuat naik foto Mona berserta ucapan ulang tahun kelahiran isterinya hari ini.

"Happy Birthday to my wife. Semoga kalian semua doa yang baik-baik ok.

"Terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang, sentiasa merendah diri, jadi diri sendiri dan jangan lalai dengan pujian.

Happy Birthday to my wife .. semoga kalian semua doa yg baik baik ok . terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang , sentiasa merendah diri , jadi diri sendiri , jangan lalai dengan pujian , sentiasa belajar utk jadi lebih baik , hargai mereka yg sentiasa memberi sokongan , hargai kerja org lain , usaha dan terus usaha , i know u can do it .. always di belakang u . ❤️

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on


"Sentiasa belajar untuk jadi lebih baik, hargai mereka yang sentiasa memberi sokongan, hargai kerja orang lain, usaha dan terus usaha. I know you can do it. Always di belakang you," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran isterinya serta mendoakan kebahagiaan Pekin dan Mona.

Mona yang mula dikenali menerusi telenovela Monalisa itu telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pekin Ibrahim pada awal Disember tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.