Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."
Mya Amri
07/12/2023 08:55 MYT
07/12/2023 08:55 MYT
Pelakon, Bell Ngasri berpendapat pelakon baharu perlu diberi ruang dan elakkan daripada memarahi kerana mereka berkemungkinan kurang ilmu mengenai budaya kerja dalam industri seni.
Sebaliknya Bell atau nama lengkapnya Nasrizal Ngasri , 43, meminta orang jangan terus menghukum pendatang baharu sekiranya ada diantara mereka terpalit dengan dakwaan bersikap besar kepala.
"Mereka pendatang baharu dan baru sahaja masuk dalam industri, kalau perangai tak betul pun mereka tak tahu.
"Jadi diva ke atau buat perkara salah dan 'demand' (letak bayaran tinggi) sebab mungkin mereka dilahirkan daripada keluarga berduit.
"Jadi, mereka pun bukan tahu sangat benda-benda ini, tak perlu marah pun," katanya.
Bell ditemui selepas sidang media Home of Kids oleh Astro di Dadi Cinema Pavillion, baru-baru ini.
Katanya, perkara itu mungkin tercetus kerana individu tersebut mempunyai rupa dan bakat yang memudahkan mereka mengundang perhatian ramai.
"Saya sedar ada orang hentam artis baharu besar kepala dan sebagainya tetapi hakikatnya mereka tak sedar pun perkara itu.
"Kalau artis baru buat perangai begitu dengan saya, saya biarkan sahaja sebab mereka tak tahu pun.
"Kalau pelakon lama buat hal begitu, memang kenalah.Budak baru lebih mudah dapat perhatian ramai sebab mereka ada rupa dan bakat," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bell akan muncul dalam siri kanak-kanak berjudul Hikayat Pak Belalang bersama Ruhainies, Amy Mastura, Datuk Jalaluddin Hassan dan Haziq.
Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi Astro Ceria (saluran 611) bermula 11 Disember depan, jam 9 malam.
Terdahulu, terdapat beberapa isu sebelum ini yang melibatkan segelintir pelakon menegur sikap beberapa pendatang baharu yang dikatakan semakin besar kepala.

PILIHAN PEMBACA: “Perlu Dengar Pendapat Orang…” - Dikecam Kerana Video Menari, Mierul Aiman Terima Dengan Hati Terbuka