Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jadi Duta Anti Keganasan, Bintang Legenda Pukul Penyanyi Iringan Gara-Gara ‘Air Suci’

Maliah Surip
28/01/2024 14:55 MYT
Seorang bintang legenda kelahiran Pakistan yang juga duta anti keganasan sebuah yayasan yang diasaskan Raja Charles, British Asian Trust dilaporkan memukul seorang penyanyi iringan sewaktu melakukan konsert jelajah di Amerika Syarikat.

BERITA TRENDING: Isu Pelakon Didakwa Pukul Bekas Kekasih Dah 'Sampai' Mahkamah, Sebutan Kes Berlangsung Bulan…

Rahat Fateh Ali Khan yang cukup mashyur dengan genre muzik Folk didapati memukul seorang lelaki dalam sebuah video yang dihantar kepada The Mail.

Jenayah yang dilakukannya itu cukup mengejutkan sementelah posisinya sebagai duta anti keganasan.

Rahat, 49, didapati memukul lelaki yang identiti tidak dinyatakan dengan menggunakan selipar dan menarik rambut penyanyi iringan itu di sebuah hotel di Houston, Texas, tahun lalu.

PILIHAN PEMBACA: Dituduh Pukul Kekasih Sampai Berjahit, Netizen Sifatkan Pelakon Lelaki Ini Ada Masalah Hati!

Bintang yang pernah mengisi runut bunyi filem Dead Man Walking pada tahun 1995 itu kemudian didengar menjerit: “Mana botol saya?”

Insiden itu tercetus dipercayai kerana Rahat berang selepas kehilangan botol minuman keras.

Namun Rahat membantah laporan yang dikeluarkan. Dia menafikan memukul lelaki malang itu kerana sebotol arak sebaliknya mendakwa penyanyi iringan tersebut adalah anak muridnya dan mereka bertengkar kerana sebotol ‘air suci’.

Dia juga mendakwa pemuda berusia 32 tahun tersebut tidak mempunyai masalah dan bantahan kerana dipukul.

“Dia adalah pelajar saya. Dia tidak mempunyai bantahan kerana dipukul.

“Dia telah menghilangkan botol air suci saya dan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi,” kata Rahat seperti dilaporkan DailyMail.

#Penyanyi #Pukul #Air Suci #Rahat Fateh Ali Khan
;