Hiburan

Jadi Duta Hotel, Saharul Ridzwan Tak Rembat Semua Tawaran

Syafiqah Jalal
14/03/2017
06:00 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan menjelaskan dia perlu membuat beberapa kali pertimbangan sebelum menerima tawaran untuk menjadi duta sebarang produk.
Katanya, setiap kali mendapat tawaran dia perlu mengkaji tentang produk berkenaan selain meneliti tanggungjawab yang bakal digalas apabila menerima pelawaan tersebut.
"Ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum menerima sebarang tawaran untuk menjadi duta produk, antaranya jenis produk dan keunikan yang ada pada produk
berkenaan. Tidaklah semua tawaran yang datang saya terima," katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Semula Hotel Erya by Suria di Suria Hotspring Resort, Bentong, Pahang baru-baru ini.
Pada majlis sama, Saharul, 28, turut dilantik menjadi duta kepada hotel Erya by Suria yang sudah beroperasi selama 17 tahun.
"Saya menerima tawaran tersebut memandangkan ia sebuah syarikat berteraskan bumiputera dan menggunakan pendekatan patuh syariah kepada pelanggan mereka.
"Tambahan menjadi duta kepada sebuah hotel adalahs sesuatu yang menarik dan jarang kita dengar. Ketika ditawarkan pada hujung tahun lalu saya rasakan ia adalah platform terbaik untuk dekat dengan peminat.
"Sudah pasti tanggungjawab saya menjadi lebih besar apabila hotel itu juga dijenamakan semula pada waktu sama," tambahnya yang turut dilantik menjadi duta Kelab Remaja Udara Malaysia (KRUM), Height Up dan Muslim Volunteer.
Suria Resorts & Hotel dijenamakan semula kepada Erya by Suria yang menggabungkan ciri-ciri 'Green Hotel' dan 'Eco-Muslim Hotel'.
Sementara itu, kata Ketua Pegawai Operasi Erya by Suria, Nor Dalina Khalil, pemilihan Saharul dirasakan paling sesuai bagi menarik minat golongan berkeluarga berkunjung ke hotel tersebut.
"Saharul merupakan seorang artis yang terkenal dan aktif di media sosial. Malah, kami sememangnya mencari seorang selebriti milenia (berumur 20-an hingga 30-an) selain mempunyai perwatakan dan rupa paras yang menyenangkan.
"Paling penting, kami mencari selebriti yang sudah berkeluarga untuk memberikan gambaran terbaik tentang konsep hotel kami," katanya.
Erya by Suria mempunyai enam cawangan di Cherating, Janda Baik, Bentong (Pahang), Merang (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan London (United Kingdom).
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dengan Pengorbanan Akan Datangkan Kemanisan” - Saharul Ridzwan

gempak
21/05/2024
13:55 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi momen terakhir dia membersihkan rumahnya di Cyberjaya yang bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
Laman Utama

"150 Take, Esoknya Sakit Badan" - Bawa Watak Penjenayah, Hazama Berguru Dengan Adlin, Sabri Yunus!

gempak
18/02/2023
07:35 MYT
Hazama keluar dari zon selesa
Laman Utama

Shooting Dalam Ribut Taufan, Kru Berkampung 3 Bulan Tengah-Tengah Laut! Penerbit Cerita Payahnya Buat Filem Coast Guard

gempak
31/01/2023
12:26 MYT
Mencabar betul...
Laman Utama

[VIDEO] “Alhamdulillah, Seorang Lagi Puteri Dalam Kehidupan Saya” - Saharul Ridzwan Syukur, Isteri Selamat Bersalin

gempak
22/01/2023
04:32 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

"Masa Itu Fikir Mati Lah...."- Saharul Ridzwan Cuak Ditinggalkan Sejam Terapung Di Tengah Laut

gempak
20/01/2023
00:53 MYT
Saharul Ridzwan Ditinggalkan Sejam Terapung Di Tengah Laut