MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Hiburan

"Jadi Hantu Pun Cantik" - Walau Bersolek Seperti Hantu, Kecantikan Chacha Maembong Tetap Dipuji!

Asraf Aided 30/10/2018 | 11:12 MYT
Pelakon Chacha Maembong telah memuatnaik beberapa foto mengenakan pakaian dan solekan bertemakan 'hantu' untuk mengunjungi 'Night of Fright' di Sunway Lagoon baru-baru ini.
Gambar tersebut dikongsi menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya.
Turut kelihatan kakaknya, Emma Maembong juga mengenakan pakaian dan solekan yang sama.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Chacha mengatakan dia masih kelihatan cantik walaupun bersolek seperti 'hantu'.
"Cantik hantu ni.
"Jadi hantu pun cantik.
"Ada juga hantu cantik!" tulis netizen.

?‍♀️?‍♂️ @sunwaylagoonmalaysia #nightsoffright6 @emma_maembongofficial #lovelife #ccm #livelifetothefullest #emmamaembong

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Chacha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2012 dan sering muncul menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
#ChaCha Maembong
;