Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jadi Housewife Pun Ada KPI? Hadiah Suami Buat Isterinya Ini Buat Netizen 'Cair'

Hanafis Haris
03/04/2019 09:28 MYT
Pernah tak terfikir satu hari nanti suri rumah juga mempunyai penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI)? Kalau KPI tinggi pasti dapat bonus, kan?

Itulah yang berlaku pada seorang wanita apabila menerima 'bonus' daripada suaminya selepas cemerlang menjalankan tugas sebagai suri rumah.

Menerusi Twitter, wanita dikenali sebagai Fazlinazhran ini memuat naik gambar hadiah yang kebanyakkannya terdiri daripada barangan kelengkapan rumah. Sehingga kini tweet terbabit telah dikongsi sebanyak 3,400 kali!
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut Fazlinazhran gelaran KPI housewife itu juga hanya jenaka semata-mata dan tiada kena mengena dengan paksaan daripada suaminya.

"Haha guys, yang KPI housewife tu melawak ja la. Laki aku tak torture pun kena ada KPI, and aku bukan housewife pun haha. Tapi kalau boleh jadi housewife full time, siapa takmau. Aku quit kerja sekarang jugak! Hahaha," katanya.

Rata-rata pengguna Twitter kagum dengan layanan 'sweet' suaminya yang membelanjakan barangan keperluan rumah buat isteri tercinta.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Twitter
;