Hiburan

Jadi Jahat, Janna Nick Terkejut Terima Respon Positif

gempak
Kamaruddin Razal
07/04/2017
14:31 MYT
Sponsor Banner
Jadi Jahat, Janna Nick Terkejut Terima Respon Positif
Melakonkan watak jahat dalam filem Kimchi Untuk Awak, aktres Janna Nick mengakui dirinya terkejut apabila menerima respon positif dari peminat.
Membawakan watak Zara, filem Kimchi Untuk Awak yang masih ditayangkan di pawagam turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.
“Saya tak sangka percubaan saya membawa watak antagonis berjaya mendapat respon positif. Sejujurnya, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap watak ini kerana saya merasakan watak saya tidak terlalu besar.
“Walaupun karakter tidak begitu besar, saya mendapat maklum balas yang baik dan watak saya berjaya meninggalkan kesan di hati penonton. Bagi saya, perkara tersebut menjadi satu penghargaan. Biarpun adegan Zara tidak banyak, orang merasakan kehadiran Zara,” kata Janna kepada Astro Gempak ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem televisyen (FTV) Bo Bajet Aksi di GSC The Gardens pada Rabu.
Selepas kejayaan gandingan Janna bersama aktor Saharul Ridzwan dalam drama bersiri Kau Aku Kita yang mencetus fenomena, FTV terbaru berjudul Bo Bajet Aksi sekali lagi menampilkan keserasian mereka.
“Bo Bajet Aksi menampilkan jalan cerita yang berbeza berbanding karya yang pernah jayakan bersama Saharul sebelum ini. Saya berharap agar FTV ini mendapat respon yang baik dari semua pihak,” katanya lagi.
FTV terbaru arahan Bak Chee Hong itu akan disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) atau Astro On Demand bermula 27 April ini dengan harga RM15.90 selama 48 jam.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live