Rapper terkenal, Alyph kagum dengan bakat seni generasi Gen Z yang menyertai #McDDoDaDip Finger Dance Challenge ketika menjadi juri untuk pertandingan paling gempak itu.
Kata Alyph tahap kreativiti semua peserta melampaui jangkaannya dan berharap McDonald’s dapat meneruskan kempen sebegitu lagi.
“Saya amat kagum dengan video-video penyertaan #McDDoDaDip Finger Dance Challenge ini. Video-video yang dihasilkan amat luar biasa, dari segi pengeditannya, kreativitinya, dan kualitinya.
“Sebagai juri, ada beberapa video yang saya sendiri pilih sebagai pemenang utama kerana tahap kreativitinya melampaui jangkaan saya, dan saya harap McDonald's meneruskan kempen-kempen yang hebat seperti ini supaya Gen Z mempunyai ruang untuk menonjolkan kreativiti mereka,” katanya kepada Gempak.
Alyhp ditemui selepas acara #McDDoDaDip After Party berlangsung di McDonalds Pantai Sentral, Bukti Kerinchi Selangor petang semalam.
Di acara berkenaan pemenang #McDDoDaDip Finger Dance Challenge diumumkan serta diraikan dengan penyerahan hadiah Hoodie ekskulsif daripada McDonalnd.
Bagi kempen #McDDoDaDip ini, lagu popular Swipe nyanyian Alyph telah menjadi lagu tema.
Alyph yang merupakan anak kelahiran Singapura itu memberitahu ia pengalaman yang menarik apabila dapat berkolaborasi McDonald’s dalam Kempen #McDDoDaDip.
“Saya berasa sangat tertarik apabila McDonald's tampil dengan cadangan kolaborasi. Kempen #McDDoDaDip sangat dekat dengan gaya saya sebagai penggiat seni dan saya juga merupakan seorang peminat Chicken McNuggets.
“Melalui kolaborasi ini, saya dapat menyaksikan bakat-bakat yang terpendam di kalangan komuniti Gen Z yang luar biasa. Saya tidak pernah mengira bahawa kempen hanya sekitar Chicken McNuggets dapat menjadi trend yang begitu popular dan mendapatkan sambutan hangat dari komuniti Gen Z,” kongsinya.
Tambah Alyph lagi, menerusi kempen #McDDoDaDip secara tidak langsunga dapat mendekatkan lagi karya-karyanya dengan golongan Gen Z.
“Alhamdulillah, karya-karya saya sentiasa mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan Gen Z. Mereka sebenarnya suka apabila karya-karya ini boleh diterjemahkan kepada trend yang menarik dan itulah yang McDonald’s Malaysia berjaya lakukan.
“Kempen #McDDoDaDip ini sebenarnya berjaya menambat hati Gen Z, bukan sebab ia sekadar cabaran yang trendy, tetapi mereka juga boleh menikmati hidangan Chicken McNuggets sambil memenangi hadiah-hadiah yang menarik,” ujarnya.
Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya Alyph memberitahu dia kini sedang dalam proses menghasilkan sebuah album baharu.
“Saya dalam proses menghasilkan sebuah album baru, yang saya harapkan dapat memberikan pengalaman musik yang luar biasa kepada para peminat saya. Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat setia yang terus memberikan sokongan kepada karier muzik saya,” tambahnya.
Acara #McDDoDaDip After Party berlangsung dengan sangat meriah apabila lebih havoc dengan persembahan Alyph yang menyampikan beberapa lagu popularnya termasuk lagu tema #McDDoDaDip.
Selain itu acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon yang semakin meningkat naik Amir Ahnaf atau lebih popular dengan panggilan Kahar dalam siri High Council serta beberapa aktiviti menarik.
Syafiqah Jalal
Thu Jun 15 2023
.jpeg?ext=.jpeg)

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.

Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"
Zamani mendominasi undian untuk carta hot seat dengan peratusan 11.11

Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk Dilalui,”
Rumah tangga usahawan Noor Nabila dan Engku Emran yang dibina sejak dua tahun lalu berakhir dengan perceraian pada Isnin.

GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI
Padu betul Naqiu perform konsert pertama All Stars Gegar Vaganza.

Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh Menang Apa-Apa Ker?"
Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.