Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) memaklumkan beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan menjadi kontak rapat kepada seseorang yang positif COVID-19.

KJ yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu berkata, beliau mula menjalani kuarantin di rumah pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan perkara tersebut menerusi satu ciapan di Twitter.

“Telah diarahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk mengasingkan diri selama 10 hari selepas dikategorikan sebagai kontak rapat oleh @KKMPutrajaya.

“Telah mengambil ujian PCR dan keputusannya adalah negatif. Akan kemaskini sekiranya status berubah sejak saya menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) WTCKL pada hujung minggu lalu,” ulas KJ.

Dalam pada itu Dr Adham turut memaklumkan bahawa beliau juga menunggu keputusan ujian saringan Khairy.

"Kalau Khairy positif, saya pun kena (kuarantin)," kata beliau ketika mengadakan sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang dilakukan secara maya pada Isnin.

Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya memuji tindakan KJ yang bekerja keras menjadi sukarelawan di PPV WTCKL.

Selain pujian, KJ turut dihujani dengan doa dan kata-kata positif supaya dirinya terhindar daripada virus COVID-19.

Kredit foto: Twitter @AinaNordin95