Hiburan
“Jadi Kreatif, Proud Of Myself” – Wow! Cantiknya Lukisan Fluid Acrylic Nabila Huda
Pelakon Nabila Huda tidak pernah terfikir kehidupannya akan berubah sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID-19.
Nabila berkongsi pengalamannya itu menerusi coretan di akaun Instagram miliknya.
Menurut Nabila, dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan meneroka benda baharu yang tidak berkesempatan untuk dilakukan sebelum ini kerana kesibukan bekerja.
“Hari ke-63, ini adalah tempoh berehat paling lama dalam hidup saya. Tak penah terfikir ada peluang untuk tidak berkerja lama macam ni.
“Rutin harian berubah 360 darjah, Abil masak setiap hari, cukup rehat, tidur awal dan bangun awal. Rasa sihat gila gaya hidup macam ni.
“Abil meneroka banyak benda kat rumah. Diri saya, bakat terpendam saya selain daripada berlakon. Saya buat roti dan kuih. Saya gagal tapi cuba lagi.
“Ada terlalu banyak masa kat rumah and setiap hari tak rushing untuk pergi meeting, shooting atau apa-apa sahaja,” tulisnya.
Terbaru, Abil kini mengakui jatuh cinta dengan lukisan akrilik dan berasa bangga apabila berjaya menyiapkan lukisan pertamanya.
“Tiba-tiba cakap dalam hati “painting sounds interesting!” Jadi Abil terus tengok dekat Pinterest, lukisan jenis yang macam mana Abil nak buat dan suka.
“Terus jatuh cinta dekat fluid acrylic ni dan saya suka acrylic abstract painting! Kemudian saya hubungi kak @ifarahahmad sebab memang adore dia punya painting dan bakat.
“Dia bimbing Abil nak beli warna apa, barang apa nak beli dan inilah hasilnya! Tak lah sempurna tapi saya bangga dengan diri saya. Macam sebak pun ada, lah emo…
“Bila lama dekat rumah jadi kreatif dan ada sahaja nak teroka benda baru. Best juga, buat je apa-apa yang kita rasa tak pernah buat dalam hidup!
“Mana tahu satu hari nanti bila kita dah tak ada, Keisha ada banyak kisah nak cerita dekat anak dan cucu dia fasal ibunya yang banyak bakat ni! Haha,” kongsinya.
Nabila juga tururt berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedang meghasilkan lukisan pertamanya.
Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 200,000 tontonan.
Must-Watch Video