Jadi Mangsa Hacker, Foto Peribadi Emma Watson Tersebar
Kamaruddin Razal
16/03/2017 10:52 MYT
16/03/2017 10:52 MYT
Pelakon utama filem Beauty and the Beast, Emma Watson menjadi mangsa terbaru hacker selepas beberapa keping foto peribadinya tersebar di media sosial.
Ketika namanya di puncak populariti, kejadian yang tidak diingini terjadi dan terdapat khabar mengatakan foto bogel Emma turut tersebar.
Namun begitu, jurucakap Emma tampil menjelaskan perkara tersebut. Menurut jurucakap tersebut, Emma disahkan menjadi mangsa hacker namun menafikan foto bogel milik Emma tersebar.
"Foto-foto peribadi Emma ketika mengadakan sesi fitting baju beberapa tahun lalu memang telah dicuri dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Tapi foto yang tersebar itu bukanlah foto bogel. Pihak peguam sedang mengadakan siasatan mengenai perkara ini dan buat masa sekarang, sebarang komen lanjut tidak akan diberikan,” katanya.
Filem lakonan Emma bersama Dan Stevens, Beauty and The Beast kini sedang rancak ditayangkan di pawagam serata dunia.
Sumber: The Telegraph
Olahan oleh: Kamaruddin Razal