gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Diserang Penyanyi Legenda, Shila Amzah Tampil Mohon Maaf Sebab...
HIBURAN
Andy Teh Besarkan 3 Anak Yatim Melayu
HIBURAN
Aisha Retno Nafi Lagu 'Tak Adil' Tiru Happier Than Ever - “Kalau Kita Dengar Balik Kedua-Duanya Sangat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Jadi Model Iklan Pemutih Wajah, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone Dikritik

Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
14/04/2017
09:06 MYT
Sponsor Banner
Jadi Model Iklan Pemutih Wajah, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone Dikritik
Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone telah dikritik apabila dikatakan tidak layak untuk menjadi model iklan kecantikan pemutih wajah.
Menurut laporan Times of India, pelakon Abhay Deol, telah mencetuskan kontroversi selepas menyindir aktor ternama di Bollywood kerana menjadi model untuk produk kecantikan pemutih wajah.
"Produk pemutih wajah adalah satu tindakan yang rasis di India kerana penduduk disini sudah sememangnya dikenali dengan kulitnya yang eksotik sebagai kecantikan semulajadi.
"Malah selama ini bintang-bintang ternama tersebut sudah sering menerima pelbagai kritikan gara-gara produk yang mereka iklankan itu menyentuh sensitiviti rakyat.
"Banyak juga iklan mengunakan slogan seolah-olah mengutuk orang berkulit hitam berbanding putih meskipun ia tidak disampaikan secara terang-terangan," katanya menerusi muatnaik di akaun Facebook.
Tambah Abhay, dia mengajak seluruh rakyat di India supaya tidak terpedaya dan pandai menilai iklan terutama yang berakitan produk pemutih wajah.
Abhay juga memuji sikap beberapa selebriti yang masih kekal dengan prinsip mereka dengan menolak tawaran menjadi duta untuk iklan pemutih wajah.
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Deepika Padukone
#Pelakon Bollywood
#Shah Rukh Khan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement