Laman Utama

Jadi OKU Dalam Drama Tanya Sama Pokok, Taiyuddin Bakar Tak Mahu Menyindir Orang Lain

gempak
Asraf Aided
14/10/2020
00:45 MYT
Sponsor Banner
Jadi OKU Dalam Drama Tanya Sama Pokok, Taiyuddin Bakar Tak Mahu Menyindir Orang Lain
Pelakon Taiyuddin Bakar kini tampil dengan lakonan terbaharu dalam drama bersiri Tanya Sama Pokok arahan Sabri Yunus.
Menurut Taiyuddin, dia memegang watak sebagai seorang pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah kesihatan selepas mengalami demam panas.
"Cabaran saya melakonkan watak dalam drama bersiri ini adalah untuk kelihatan berbeza kerana saya pernah memainkan watak sama.
"Ada kalanya, saya terasa macam pernah buat sesuatu cara lakonan seperti sebelum ini, tetapi dengan bantuan pengarah, Alhamdulillah saya dapat lari daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini," katanya kepada Gempak
Tambah Taiyuddin, dia tidak membuat rujukan kepada mana-mana lakonan pelakon lain yang pernah membawa watak OKU, sebaliknya hanya membayangkan dirinya mengalami nasib yang kurang baik.
"Untuk rujukan pula, saya tiada rujukan kepada mana-mana watak yang ada, saya hanya membayangkan diri saya yang mengalami nasib sebegitu.
"Kadang-kadang, apabila terlalu merujuk kepada watak pelakon lain, saya khuatir jika kelihatan sedikit meniru atau menyindir," katanya lagi.
Tanya Sama Pokok ditayangkan pada setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Selain Taiyuddin, Tanya Sama Pokok turut menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Datuk Fizz Fairuz, Mona Allen, Sara Ali, Sabri Yunus sendiri, Angeline Tan dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024