Sejak setahun yang lalu, pelakon Adam Shahz telah aktif menjadi seorang pemandu Grab dan dia tidak pernah malu dengan pekerjaan itu.

Adam menyatakan bahawa pekerjaan memandu Grab itu bertujuan untuk mengisi masa lapang memandangkan tiada sebarang komitmen untuk berlakon sejak kebelakangan ini.

“Selain menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon,” kata pelakon itu.

Adam juga menyatakan bahawa dia sudah mula berasa selesa dengan pekerjaan barunya itu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar