Jadi Peminat Setia, John Cena Tawar Diri Jadi Bodyguard BTS
Kamaruddin Razal
12/07/2018 22:43 MYT
12/07/2018 22:43 MYT
Minat selebriti WWE terkemuka, John Cena terhadap kumpulan K-Pop popular BTS bukan lagi rahsia.
Cena secara terbuka mengakui dirinya salah seorang peminat kumpulan itu dan selalu mengemas kini status atau foto berkenaan dengan kumpulan tersebut di akaun laman sosial miliknya.
Terbaru, Cena menawarkan servis untuk menjadi pengawal peribadi BTS jika mereka melawat Amerika Syarikat.
Cena meluahkan hasrat tersebut di laman sosial Twitter miliknya selepas insiden BTS diserbu peminat di Taiwan menjadi tular di internet.
Menerusi entri tersebut, Cena berseloroh memberitahu dia sebenarnya sudah lama menjadi 'bodyguard' BTS.
Menerusi insiden di Taiwan, BTS dikepung dan diekori oleh peminat fanatik sehingga keadaan di lapangan terbang tidak terkawal.
Sumber: Billboard
Foto: Biography.com, Allkpop

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.