Pelakon Eyka Farhana mengakui menjadikan siri Netflix, Money Heist sebagai rujukan untuk membawa watak Lola, seorang pencuri di dalam drama bersiri Dukun Diva.
Bagaimanapun kata Eyka, pengarah Ariff Zulkarnain banyak membantunya untuk menyempurnakan watak yang dibawanya.
Tambahan lagi katanya, watak Lola agak mencabar kerana dia perlu berperwatakan kasar dan menukar penampilan.
"Sebelum menjalani penggambaran, Ariff minta saya menonton Money Heist supaya saya dapat inspirasi dan menjiwai watak pencuri dengan sebaik mungkin.
"Ariff memang nak saya berbeza dalam naskhah ini. Jadi saya perlu tampil dengan rambut pendek dan cara pakaian saya yang kelihatan sedikit kasar.
"Walaupun Ariff ada minta saya untuk potong rambut tapi disebabkan beberapa komitmen lain yang berjalan serentak saya tidak dapat merealisasikan hasratnya itu.
"Namun, saya memakai rambut palsu supaya rambut saya kelihatan pendek. Saya seronok membawakan drama bersiri ini kerana semua babak yang dipegang sangat mencabar dan berat untuk dilakukan
"Saya perlu ucapkan terima kasih kepada Ariff sebab dia banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Lagipun penggambaran drama bersiri ini mengambil masa yang lama untuk dihabiskan kerana pandemik Covid-19. Jadi saya selalu diingatkan untuk pegang watak Lola di set penggambaran," katanya.
Selain Eyka, Dukun Diva turut menampilkan pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang membawa watak Che Yah iaitu seorang artis 'tak menjadi' di era 1990-an, akhirnya menggunakan bakat dengan menyamar sebagai dukun.
Dukun Diva turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baharu bagi mewarnai setiap karakter seperti Tony Eusoff yang dilihat pertama kali membawa watak suami takut isteri serta 'scammer' dalam urusan jual beli tanah, diikuti pelakon baharu berbakat besar iaitu Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena, Kahoe Hon melakonkan watak Daniel serta pelakon handalan, Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Saddiq, Emelda Rosemilla sebagai Datuk DD serta Aloy Paradoks (karakter Sarjan Anep).
Drama siri premium ini juga dihiasi dengan penampilan istimewa pelakon terkenal daripada pelbagai latar antaranya Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.
Drama lapan episod ini mula menemui penonton mulai 6 Disember lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108).
Terlepas episod terdahulu? Jangan risau boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.
Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.
Fiza Kamarudin
Tue Jan 11 2022


“Saya Mengkagumi Bakat Dia…”- Profesional, Ellie Suriaty Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Suami
dia telah pun berpindah ke rumah yang...

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?
Wah hebat!

#OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya
Lepas ni gambar kita pun dah setanding influencer lah kome hehe.

Tengah Borak Fasal Dendam Seorang Isteri Dengan Nad Zainal, Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?
Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?

Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.