Pelakon Amy Nur Tinie berasa pelik apabila dilabel sebagai sombong sehingga memberikan persepsi negatif terhadap dirinya.

Menurut Tinie, tanggapan itu jauh sekali berbeza dengan apa diperkatakan sebaliknya bekas ratu cantik ini merupakan seorang yang peramah.

“Muka dah lah sombong! Banyak kali jugak Tinie kena macam ni, tak tahu la nampak tang mana sombong nya tu.

“Kalau fikir secara logiknya takkan la kita jalan-jalan kat luar tu nak senyum 24 jam, rahang pun boleh cramped macam tu.

“Tak pun nanti orang kata “sayang… rupa tu ada tapi mental la pula”

“Sedangkan yang kenal Tinie betul-betul tahu betapa terlebih peramah dan kepala gila juga Tinie ni walaupun nampak macam very feminine (feminine ke?)” jelasnya menerusi coretan di akaun Instagram.

A post shared by ANT's OFFICIAL ️??? (@amynurtinie)

Tambah Tinie lagi, sebagai seorang manusia agak sukar untuk memuaskan hati dan kehendak orang lain.

“Kadang penat juga ya, jadi orang pendiam, orang kata sombong tak boleh nak ajak kawan, jadi orang humble peramah kata pula “ATTENTION SEEKER” , Jadi apa sebenarnya yang korang nak eh?

“Tapi sebenarnya Tinie ni, bukan sombong tapi kadang kadang tak ingat nama orang je,” tulisnya.

Untuk info, Tinie sebelum ini pernah mengharumkan nama Malaysia ketika menyertai Miss Eco International di Kaherah, Mesir pada Mac 2019.

Tinie berjaya menduduki tempat kedua dan pertandingan itu juga menyaksikan Malaysia kali pertama berada di tangga lima teratas.