,
Laman Utama

Jadi Selebriti Wanita Ke-3 Terkaya Dengan Aset RM97 Juta, Dara Pernah Beli Kasut Berharga RM65,000!

Maliah Surip
06/10/2022
13:38 MYT
Salah seorang anggota 2NE1, Dara, baru baru ini dilaporkan menjadi selebriti wanita ketiga paling kaya di Korea Selatan selepas IU dan Lee Hyori.
Laporan tersebut menyatakan, Dara atau nama sebenarnya Sandara Park memiliki kekayaan mencecah RM97 juta.
Sewaktu muncul dalam episod Problem Child in House bersama Park So Hyun baru baru ini, wanita berusia 37 tahun tersebut sempat menjawab dakwaan dirinya sebagai selebriti wanita ketiga terkaya dalam industri hiburan mereka.
Menurut Dara, dia terkejut selepas membaca laporan tersebut.
“Ada satu artikel yang mengatakan saya memiliki kekayaan sebanyak 30 billion KRW (RM97 juta). Saya sangat sedih kerana ia tidak benar.
“Tapi selepas memikirkannya semula saya rasa laporan itu betul. Sepanjang karier mungkin saya memang telah mengumpul harta sebanyak RM97 juta.
“Saya mungkin boleh membuat pelaburan dalam bidang hartanah jika tidak berbelanja terlalu banyak,” akui Dara seperti dilaporkan AllKPop.
Hal itu merujuk kepada sikapnya yang diketahui sebagai salah seorang wanita dengan hobi mengumpul kasut.
Saat ditanya berapa banyak kasut yang dimilikinya, Dara tidak berselindung.
“Saya ada lebih 1,000 pasang kasut. Kasut paling mahal yang saya miliki berharga RM65 ribu.
“Saya membelinya dalam semua warna yang ada. Saya tidak selalu memakainya, tapi kalau saya pakai dan tidak mahu ia kotor, saya hanya memakainya di dalam rumah,” jelas Dara yang membuat hos dan tetamu lain terkejut dengan pengakuan tersebut.
Kredit Foto: KPopping
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis

Pelakon Korea Selatan Dipenjara Setahun Atas Kesalahan Dadah

gempak
03/09/2024
17:55 MYT
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
Berita

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

gempak
02/09/2024
04:15 MYT
Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam.
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

gempak
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Terkini

Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."

gempak
21/08/2024
10:06 MYT
Perasaan tukang kasut yang dikenali sebagai pak cik Ujang Samsudin bertukar menjadi ceria apabila dia dikunjungi penyampai radio ERA iaitu Haziq Hussni, Shasha Nadira dan Fazziq Muqris pada petang Rabu.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Penembak Sensasi Korea Selatan Rebah Ketika Diwawancara

gempak
09/08/2024
07:24 MYT
Kim Ye Ji rebah ketika sesi sidang akhbar