HIBURAN
Jadi Simbol Kecantikan, Netizen Terhibur Baca Respon Fazura - “Ek Eleh Dia Tu Pulak Ingat Dia…”
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen apabila memberi respon terhadap satu hantaran yang menyebut namanya sebagai simbol kecantikan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu menyatakan pelakon filem Gol & Gincu itu sering dijadikan rujukan apabila bercakap soal kecantikan.
“Fazura ni penanda aras kecantikan. Bila kau rasa kau lawa, kawan kau akan cakap kau ingat kau Fazura?” tulis netizen.
Kenyataan itu mendapat sokongan ramai warganet lain namun apa yang lebih menarik apabila Fazura sendiri meninggalkan komen terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh netizen itu.
“Ek eleh Fazura tu pulak ingat dia lawoo ke?” balas Fazura ringkas.
Respon itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan rata-rata terhibur dan memuji sikap merendah diri Fazura.
“Kak faz makin kelakor skrg bile join thread.
“Fazura memang lawa awak..awk jgn la jeles.. Eh?
“Kalau fazura kita x panggil lawa..kita panggil jelita
“Maaf shakap eh. Saya selalu cakap saya cantik macam Fazura.
“Hahahha btol.. kalau mcm feeling cantik skit, kite pon bahan “ko ingat ko Fazura ke?”
“Yeee dia memang lawooo. Umur dh 40 pun still lawoo,” komen netizen.
Must-Watch Video