Penyanyi Dr. Fitri Haris bersyukur akhirnya menerima tawaran untuk menyambung pengajiannya dalam Diploma Pendidikan Tinggi.

Menurut Fitri dia bakal memulakan pengajiannya pada Januari 2021.

“Alhamdulillah surat tawaran untuk Diploma Pendidikan Tinggi dah dapat.

“Bulan Januari jadi student semula,” katanya.

Bekas kumpulan UNIC itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia berkongsi bersama surat tawaran yang diterima.

Fitri yang baru sahaja menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Ph.D pada tahun lalu akui mengidamkan Ph.D kedua.

“Rasa macam nak mohon untuk buat 2nd Ph.D pula rasa. Biasanya bila dah ada rasa ni kena go on!

“Ok jom buat proposal 2nd Ph.D. Bismillah jom buat Ph.D Fazilah (isterinya),” katanya lagi.

Terdahulu, juara Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) itu menerima Ph.D dalam bidang Musicology dari University of Nottingham, UK

A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial)