Hiburan
Jadi Suspek Kehilangan Duit RM200,000, Mas Khan Tidak Akan Ditawar Berlakon Dengan Produksi A.Aida
Penerbit terkenal, Datuk A.Aida mendedahkan aktor Mas Khan dipercayai menjadi suspek berhubung kehilangan wang pelaburannya berjumlah RM200,000 yang dibuat menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.
Menurut A.Aida, Mas telah dituduh di mahkamah dan sedang menunggu proses perbicaraan yang akan dijalankan.
“Masa awal pembabitan saya dalam Bitcoin, Mas yang tolong sebab masa tu saya tidak tahu menahu. Dia suruh labur, saya terus bagi dia RM200,000.
“Saya harapkan dia untuk menguruskan tapi tu la lain pulak jadi. Saya memang tak sangka sebab Mas tu dah anggap macam adik.
“Ibu bapa Mas baik dengan saya. Sekarang ini, Mas telah didakwa di mahkamah dan tengah tunggu proses perbicaraan.
“Inilah sebenarnya rasa dikhianati, sampai sekarang saya tak percaya,” katanya ketika siding media tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.
Tambah pemilik nama Zaidah Awang akui tidak nampak usaha Mas untuk menyelesaikan isu terbabit di luar mahkamah.
“Mas takda usaha untuk selesaikan hal ini di luar mahkamah tapi keluarga dia ada cuba hubungi saya. Saya taknak pun kalau dibayar 10 kali ganda.
“Biar isu ini jadi pengajaran untuk semua orang. Duit boleh dicari tapi bila dah hilang kepercayan ini susah, katanya lagi.
Dalam pada itu, A.Aida menyatakan Mas tidak akan terlibat dengan sebarang promosi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang bakal ditayang pada 27 Februari ini.
“Saya ada enam orang hero. Tak akan ada kecacatan kalau dia tiada sekalipun. Selepas ini, di bawah A.Aida Production takkan ada nama Mas Khan lagi,” katanya kepada Gempak.
Selain Mas, filem yang diinspirasikan daripada kisah lagenda Cik Siti Berkahwin 99 Kali ini turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Nadia Brian, Datuk Fizz Fairuz, Amar Ashraf, Eyra Hazali, Octavia Manrose, Firman Siagian, Dayang Areeda dan ramai lagi.
Must-Watch Video