Laman Utama

Jadikan Kisah Hurrem Sultan Sebagai Inspirasi, Rekaan Flora Sugarscarf Koleksi Aidilfitri Tawarkan Harga Rahmah

gempak
Shahrin Zulkifle
25/03/2023
10:50 MYT
Sponsor Banner
Jadikan Kisah Hurrem Sultan Sebagai Inspirasi, Rekaan Flora Sugarscarf Koleksi Aidilfitri Tawarkan Harga Rahmah

Sebagai kesinambungan daripada koleksi terdahulu yang mengangkat tema motif dari Maghribi, jenama hijab terkemuka, Sugarscarf kembali dengan koleksi Aidilfitri terbaharu Garden of Hurrem yang diinspirasikan oleh kisah Roxelana, isteri kepada Sultan Suleiman pertama.

Simbolik personaliti Roxelana atau gelarannya, Hurrem Sultan yang masyhur pada era Empayar Turki Uthmaniyah melatari motif rekaan Sugarscarf. Rekaan menyerlah motif flora semestinya sempurna untuk penyeri elegan meraikan Aidilfitri.

3 rekaan Garden of Hurrem

Sugarscarf Lovers bakal dipersembahkan dengan tiga edisi rekaan daripada koleksi Garden of Hurrem dengan membuka tirai koleksi ialah variasi tudung mixed satin yang dilancarkan pada 21 Mac lalu.

Kemudian diikuti dengan edisi ibu dan anak daripada seleksi material Japanese Cotton Voile pula akan mula dijual pada 31 Mac 2023, seterusnya edisi /ronless Premium Pleats Scarves pada 7 April 2023.

Pelanggan jadi model

Bagi memperkenalkan koleksi terbaru, Sugarscarf menampilkan barisan pelanggan setia mereka sebagai 'wajah istimewa' pada Sugarscarf Raya Showcase yang berlangsung di Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur baru-baru ini

Menurut Pengasas Sugarscarf, Eyqa Sulaiman, ia sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya yang selama ini menyokong jenama tersebut.

"Pemilihan para pelanggan untuk memperagakan koleksi raya tahun ini adalah satu bentuk penghargaan kami kepada mereka. Selama 13 tahun Sugarscarf bertapak dalam industri fesyen tanah air, mereka antara pelanggan yang setia dengan jenama ini sejak ia bermula sehingga hari ini.

"Tiada wajah yang lebih istimewa untuk kami tampilkan kerana mereka merupakan kekuatan Sugarscarf. Tanpa pelanggan setia ini, kami mungkin tidak dapat bertahan untuk tempoh lebih sedekad,” katanya.

Kempen Sugarscarf Riang TikTok

Tambah istimewa, Aidilfitri tahun ini juga, Sugarscarf melancarkan kempen Sugarscarf Riang Tiktok yang memfokuskan terhadap koleksi harga rendah. Buat kali pertama dalam sejarah Sugarscarf, pelanggan dapat membeli tudung jenama ini pada harga RM39. Sebanyak 10 rekaan dan warna akan dilancarkan.

"Ini merupakan kali pertama Sugarscarf melancarkan tudung pada harga serendah RM39. Sebelum ini tudung kami memang dijual pada harga RM99 ke atas kerana kami amat menitikberatkan kualiti.

"Kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan raya tahun ini dengan menyertai Kempen Buat Duit Raya Ka-Ching! dengan menjadi Sugarscarf Warrior.

"Dengan pembelian minimum 50 helai bermodalkan RM1,300, mereka boleh membentuk pasukan jualan sendiri; agen dan affiliate atau jual secara langsung kepada pelanggan.

“Selain itu, setiap stokis juga dihadkan membeli 1,000 helai sahaja untuk setiap pembelian kerana kami mahu peluang ini dinikmati ramai, walaupun dengan modal rendah," jelas Eyqa.

Sugarscarf Warrior

Tambah Eyqa, keistimewaan menyertai Sugarscarf Warrior untuk kempen ini ialah margin jualan menarik RM5 hingga RM13 sehelai. Stokis juga akan diselia dan dibimbing pasukan berpengalaman termasuk perkongsian material dan kandungan jualan serta pemasaran.

Koleksi Garden of Hurrem boleh didapati di laman web www.sugarscarf.com dan butik-butik serta gedung fizikal jualan Sugarscarf bermula hari ini pada harga bermula RM99, manakala koleksi Sugarscarf Riang TikTok akan mula dipasarkan pada awal April 2023 dan boleh didapati menerusi Sugarscarf Warrior, stokis agen atau affiliate.

Untuk info terkini produk dan maklumat jenama Sugarscarf, ikuti Facebook, Instagram dan TikTok Sugarscarf.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live