Jadikan Minta Sedekah Sebagai Kerjaya, Lelaki Ini Mampu Miliki 2 Pangsapuri & Simpanan Bersih RM4.2 Juta!
13/07/2023 13:50 MYT
Seorang lelaki di India bernama Bharat Jain dikatakan telah menjadi jutawan dengan mengemis di jalanan, lapor India Times.
Dia kini mempunyai nilai bersih 75 juta rupee (S$4.2 juta) dan memiliki dua pangsapuri bernilai 7 juta rupee di Mumbai (RM395,463).
Difahamkan, Bharat mula mengemis di jalanan Mumbai kerana dia tidak menerima menerima pendidikan formal akibat faktor kemiskinan.
BACA: Hidup Ini Jangan Suka Meminta-Minta, NABI Larang! Selagi Ada Daya, Usaha dan Berbelanja Seadanya
Bharat mampu memperoleh 2,000 (RM113) hingga 2,500 rupee (RM141) dengan mengemis 10 hingga 12 jam sehari, membawa total 60,000 (RM3,389) hingga 75,000 rupee (RM4,237) sebulan.
Menerusi pendapatan berkenaan, dia dapat membeli dua kedai di Thane dan mengutip 30,000 rupee (RM1,694) daripada sewa sebulan.
BACA: Peminta Sedekah Ada RM8,000 Tunai, Simpanan RM40,000 & Rumah Di Bandar Georgetown
Dia tinggal di dupleks di Parel bersama isteri, dua anak lelaki, abang dan bapanya.
Tidak seperti Bharat, anak-anaknya menerima pendidikan formal dan bersekolah di sekolah biara.
Ahli keluarganya juga memiliki kedai alat tulis, dan Bharat sentiasa dinasihatkan untuk berhenti mengemis.
BACA: "Soal Minta Sedekah Tu Aku Rasa Mesti Ada Dalang Di Belakang..." - Fizo Omar
Namun Bharat tidak mengendahkan nasihat itu dan terus mengemis di jalanan Mumbai.
Bharat masih boleh dilihat mengemis di Chhatrapati Shivaji Terminus atau Azad Maidan di ibu kota kewangan negara itu.
Sumber: Mothership